December 4, 2009

5 Teknik Menjadi Seorang Pekerja yang Berpengaruh

Posted in Uncategorized tagged , , , , , , at 4:15 AM by haeqalzulqarnain

Xenophon adalah komander pasukan tentera Yunani. Sebelum itu beliau hanyalah seorang tentera berkuda dalam pasukan itu. Berikut adalah 5 rahsia Xenophon yang dapat diaplikasikan untuk menjadi seorang pekerja yang berpengaruh.

1. Membantu ketuanya menyelesaikan masalah
2. Menghormati hak dan bidang kuasa ketuanya
3. Tidak mengambil kesempatan dengan kuasa yang diberikan
4. Menjadi pendorong kepada orang lain
5. Memimpin melalui teladan

Xenophon adalah salah satu contoh bagaimana seorang pemimpin yang hebat bermula sebagai seorang pengikut yang baik.

*Ringkasan Bab 2 buku 30 Strategi Membina Pengaruh - http://tinyurl.com/y99gllv

October 2, 2009

Bacaan Julai-September 2009

Posted in Bacaan, Buku tagged at 2:59 AM by haeqalzulqarnain

Alhamdulillah, sepanjang bulan Julai-September yang lalu saya selesai membaca:

  1. Building a Brand in a Week – Pete Laver
  2. Keledang – A. Samad Said
  3. 101 Kisah Benar Umar Bin Abdul Aziz – Muhammad Shadiq Al-Minsyawi
  4. Beginilah al-Quran Mengajar Kami – Mohammad Nidzam Abdul Kadir & Mohd Zamri Mohd Zainuldin
  5. Anak Muda Nyalakan Semangatmu! – Dr. Raghib As-Sirjani
  6. Leadership in a Week – Carol A. O’Connor
  7. Rasulullah Pendidik Terulung – Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah
  8. Ramadhan Returns – Shofwan Al Banna
  9. *Ramadan Tetamu Yang Dirindui – Abdul Hadi Awang
  10. Syoknya… Berpuasa – Rajendra Kartawiria
  11. Tariq Menang ataupun Syahid – Abdul Latip Talib
  12. Pendidikan Islam 1 – Mardzelah Makhsin (ed.)
  13. It’s Not How Good You Are, It’s How Good You Want To Be – Paul Arden
  14. Ikramah Penentang Jadi Pembela – Abdul Latip Talib

* Ulang baca

September 26, 2009

Akan Terbit

Posted in Buku, Karya tagged , , , , , , , at 3:21 AM by haeqalzulqarnain

Cipta Pengaruh Luar Biasa Setiap Hari

July 14, 2009

Bacaan Jun 2009

Posted in Bacaan, Buku tagged at 12:31 AM by haeqalzulqarnain

Alhamdulillah, sepanjang bulan Jun yang lalu saya selesai membaca:

  1. Malcolm X Untuk Pemula – Bernard Aquina Doctor
  2. Life 101 – Geoffrey Day-Lewis
  3. Penakluk Andalusia – Luqman Ghazzi
  4. Che Untuk Pemula – Sergio Sinay & Agung Arif Budiman
  5. The Power of Influence – John C. Maxwell
  6. Pengintip Kota Syam – Rohayati Bakri

May 27, 2009

Percaya Kepada Karya : Formula 5 Penulis Bestseller

Posted in Uncategorized at 4:46 PM by haeqalzulqarnain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Haeqal Zulqarnain,

Wah! Sudah hari kelima dan kita sudah sampai ke formula penulis bestseller yang terakhir iaitu PERCAYA. Saya mengadakan beberapa sesi bertemu dengan penulis. Antara yang saya temui Dr. Danial Zainal Abidin, Dr. Tengku Asmadi, saudara Azizi Ali, saudara Ramlee Awang Murshid dan ramai lagi. Kesemua mereka ini menunjukkan karakter yang menggambarkan hampir sama ataupun sama dengan apa ditulis dalam karya mereka. Ini yang kita kongsikan. Seseorang pengarang yang baik dia PERCAYA dengan isi karyanya, percaya dengan mengaplikasikan apa ditulis dalam hidup.

Prinsip PERCAYA ini menjadikan penulisan penulis lebih dekat dengan pembaca. Mengapa? Apabila dia percaya dan yakin dengan apa ditulis, ia menunjukkan bahawa pengarang itu menulis dengan hati. Penulisan dengan hati ini dipandu dengan emosi, perasaan dan pegangan teguh. Makin dalam percayanya pengarang kepada penulisannya, makin mendalam para pembaca mengikutinya.

Prinsip inilah yang menyebabkan si pembaca boleh ketawa, boleh tersenyum, boleh menangis, boleh gembira, boleh termotivasi dan teruja disebabkan kesannya amat mendalam. Kita lihat karya seperti Ihya Ulumuddin karangan Al-Ghazali. Benar-benar meresap masuk ke hati nurani. Penyucian jiwa dan kalbu disulami peringatan daripada Tuhan menggambarkan keperibadian tinggi Al-Ghazali.

Ada sesetengah karya tulisan pakar motivasi, apabila dibaca ia tidak membawa apa-apa kesan. Ini disebabkan ia hanya menulis berdasarkan fakta bukan hati. Pada pandangan saya FORMULA 5P yang kelima inilah yang paling susah untuk dibuat dan diperoleh. Sesiapa yang sudah sampai tahap ini, dia sudah boleh ditauliahkan sebagai penulis bestseller sepanjang zaman.

Kita sudah membincangkan 5 formula yang memberikan kejayaan kepada pengarang bestseller. Saya yakin dan percaya, apabila kita mula mengamal dan mengaplikasikan prinsip-prinsip ini. Namun begitu jika hanya ini sahaja masih belum cukup untuk menjadi pengarang yang baik. Ada banyak perkara lagi yang harus diketahui. Antaranya mengenai hak cipta, teknik menulis dan sebagainya.

Tidak perlu risau, tidak perlu bimbang. Terus layari www.janawangdenganmenulis.com. Di sana pihak kami sediakan program pembangunan penulis yang komprehensif bagi membangunkan diri Haeqal Zulqarnain sebagai penulis bestseller. Terus layari, teruskan menulis.

Terima kasih.

FAUZUL NA’IM ISHAK
Pengasas / Mentor Utama
Akademi Penulis

May 22, 2009

Penyelidikan, Penyelidikan & Penyelidikan : Formula 4 Penulis Bestseller

Posted in Uncategorized at 2:45 AM by haeqalzulqarnain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Haeqal Zulqarnain,

Bagi sesebuah karya menjadi bestseller ia perlu dibuat dengan kajian yang mendalam. Bukan sekadar bercerita yang tidak mempunyai fakta. Seorang pengarang yang ingin jadi pengarang bestseller perlu peka dengan situasi dan kehendak pembaca semasa. Cara yang paling mudah bagi mengesan trend pembaca adalah berdasarkan beberapa indikator. Indikator tersebut adalah :

a) Isu semasa terhangat sekarang dan akan datang

Para penulis harus melihat apakah isu yang sedang diperkatakan sekarang. Sebagai contoh di dalam kegawatan ekonomi sekarang ini orang sedang sibuk bercerita mengenai cara mudah buat duit. Jadi buku-buku yang seumpama itu memang laris dalam pasaran. Buku mengenai bekerja dari rumah, buat duit melalui internet, MLM dan subjek kewangan lain adalah subjek terhangat pada waktu ekonomi gawat.

Kemudian para penulis cuba buat penilaian isu yang akan jadi hangat di masa hadapan. Sebagai contoh sekarang sedang sibuk diperkatakan bahawa pilihanraya akan diadakan pada hujung tahun ini. Antara buku yang dijangka hangat adalah buku mengenai kepimpinan, politik Islam, cara bercakap dan memilih pemimpin.

Kesemua ini perlu bagi memastikan karya yang dibuat diterima pasaran pada masa betul.

b) Melihat carta bestseller tempatan dan antarabangsa

Penulis perlu peka dengan carta bestseller. Di Malaysia carta bestseller yang popular adalah di MPH Bookstores dan Popular Bookstores. Kedua-dua syarikat ini mempunyai rangkaian kedai di seluruh daerah besar Malaysia. Carta mereka ini boleh dijadikat indikator terbaik pembaca tempatan. Namun begitu berdasarkan senarai tersebut (saya ada senarai penuh buku terbaik setiap outlet MPH seluruh Malaysia daripada tahun 2000 hingga sekarang, ini P&C) kita boleh lihat beberapa trend berbeza di antara satu kawasan dengan kawasan lain. Ini menarik untuk dikaji oleh penulis.

Carta antarabangsa yang bagus dilihat adalah Amazon.Com ataupun PublishersWeekly.com. Kedua-duanya memberikan gambaran trend antarabangsa. Ada kebarangkalian trendnya tidak banyak berbeza di Malaysia. Cuma kita ada perbezaan budaya. Itu yang perlu diambilkira. Carta yang menjadi rujukan utama di barat adalah New York Times Bestseller List. Ini juga bagus untuk dikaji.

Berdasarkan maklumat di atas, kita boleh membuat kesimpulan mengenai trend pembaca. Kemudian berpandukan maklumat ini kita boleh melihat bagaimana untuk menulis karya kita. Satu lagi,karya yang baik perlu dibanyakkan dengan cerita-cerita. Ia boleh berdasarkan cerita-cerita lama seperti kisah dari Quran, hadis, cerita rakyat juga cerita semasa. Cerita-cerita ini sebagai resipi penarik kepada karya. Adunan cerita dan fakta menjadikan karya tersebut mempunyai magnet tarikan hebat.

Adakah Haeqal Zulqarnain sudah memulakan penyelidikan untuk tulisan Haeqal Zulqarnain? Adakah ingin tahu kaedah penyelidikan yang boleh menjadikan karya Haeqal Zulqarnain bestseller? Terus layari laman web www.janawangdenganmenulis.com bagi mengetahui caranya.

Terima kasih.

FAUZUL NA’IM ISHAK
Pengasas / Mentor Utama
Akademi Penulis

May 19, 2009

Menjaga Perhubungan & Berkomunikasi Dengan Baik : Formula 3 Penulis Bestseller

Posted in Uncategorized at 12:42 PM by haeqalzulqarnain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Haeqal Zulqarnain,

Hari ini masuk hari ketiga berbincang dan berkongsi mengenai formula penulis bestseller. Ada yang bertanya, berkesankah formula-formula ini? Berdasarkan pengalaman mengendalikan penerbitan bertahun-tahun, kebanyakan pengarang di bawah penerbitan saya mengamalkannya. Ia bukan sahaja diamalkan tetapi menjadi sebati dengan diri mereka. Jadi jawapannya YA!

Formula yang ketiga ini agak kompleks. Mengapa? Kebanyakan individu dalam dunia penulisan mempunyai cara berfikir sendiri mengenai perkara ini. Kebanyakan pengarang melihat biarlah karyanya bercakap bagi dia. Ini kesilapan yang besar, hanya sekadar menghasilkan karya, ia tidak membina kredibiliti pada karya tersebut. Pengarang perlu menambahkan keyakinan kepada  karya dengan bercakap mengenai idea dalam karyanya. Ini yang saya sebut sebagai formula ketiga iaitu PERHUBUNGAN & KOMUNIKASI.

Saya ada pengalaman dengan beberapa orang pengarang, pihak syarikat saya sudah mengaturkan satu program di sebuah kedai rangkaian yang terkenal dan besar di ibu kota. Program tersebut adalah bagi memperkenalkan buku karya beliau kepada umum. Inilah antara kaedah promosi yang sering digunakan bagi menonjolkan buku karya pengarang kepada orang ramai. Si pengarang tidak bersetuju sebab alasannya dia tidak mampu bercakap di hadapan orang ramai. Bagaimana karya tersebut hendak jadi bestseller apabila pengarangnya takut untuk kehadapan dan menambah kredibiliti kepada buku tersebut?

Bagaimana hendak menghasilkan peminat kepada karya kita apabila kita tidak memperkenalkannya kepada orang luar? Ini yang perlu ditengok dan difikir oleh seorang pengarang.

Apabila kita melihat karya-karya bestseller luar yang mencecah nilai jualan berjuta dolar. Kebanyakannya adalah daripada pengarang yang boleh keluar dan bercakap idea karyanya. Ia dikenali dan diminati oleh peminat buku. Stephen R. Covey, Norman Vincent Peale, Anthony Robbins dan ramai lagi. Semuanya bercakap dan berkomunikasi kepada orang ramai mengenai buku mereka. Di Malaysia pun apa kurangnya, di PTS karya-karya bestseller seperti karya Dato’ Dr. Fadzilah, Ahmad Naim Jaafar, Ahmad Fadzli Yusof, Dr. Robiah K. Hamzah dan Ann Wan Seng adalah mereka yang bersedia bercakap idea buku mereka.

Buku adalah umpama kaset atau CD kepada seorang artis. Apabila seseorang artis tidak keluar membuat persembahan pentas dan hanya bergantung harap pada kaset atau CD semata-mata, tentunya karya mereka tidak laku. Mereka perlu keluar, berjumpa peminat, menghadiri majlis-masjlis keramaian, membuat penampilan melalui televisyen,radio dan sebagainya. Mana-mana artis yang mendapat liputan terbaik, karyanya juga terjual dengan baik.

Keadaan juga sama dengan buku. Apabila seseorang penulis keluar bersama penerbit membuat promosi, memenuhi jemputan ceramah dan mengendalikan seminar, menghadiri jemputan bercakap di televisyen dan radio. Lebih ramai orang kenal, apabila begitu orang mencari buku karya kita.

Perhubungan penulis dengan penerbit terutamanya editor perlu dijaga dengan baik. Perhubungan inilah yang memberikan timbal balas baik kepada buku. Ada sesetengah penulis tidak mahu bertolak ansur dan bertoleransi dengan teguran penerbit ataupun editor. Mereka merasakan bahawa karya mereka sudah cukup sempurna. Penerbit dan editor bercakap bagi pihak industri. Mereka sudah lama berada dalam industri dan memahami keadaan pasaran buku. Apa yang mereka cakapkan menggambarkan apa kehendak pasaran. Pengarang yang baik selalunya bertolak ansur dan memberikan kerjasama baik kepada penerbit. Ia memudahkan buku tersebut dinaiktaraf bersesuaian dengan kehendak pasaran. Dalam keadaan begini, penerbit pun merasakan bahawa pelaburan yang dibuat berbaloi dan tentu mereka akan menambahkan lagi pelaburan kepada pengarang yang menjaga hubungan dengan mereka.

Cukup dahulu, kita sambung ke hari besok dengan formula yang lain pula. Adakah Haeqal Zulqarnain sudah bersedia untuk menjadi penulis bestseller?

Terus layari laman web www.janawangdenganmenulis.com bagi
mengetahu info terkini.

Terima kasih.

FAUZUL NA’IM ISHAK
Pengasas / Mentor Utama
Akademi Penulis

May 17, 2009

Ada Buku Dalam Diri Kita : Formula 2 Penulis Bestseller

Posted in Uncategorized at 2:58 PM by haeqalzulqarnain

The Magic Of Writing

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Haeqal Zulqarnain,

The Magic Of Writing : How To Write and Publish the Book that Is Inside You satu buku yang cukup memberikan inspirasi kepada saya. Ia memberikan satu persepsi menarik bahawa setiap manusia dalam dunia ini mempunyai perkara indah yang harus dikongsi dengan semua. Perkara itu ada dalam diri saya, diri Haeqal Zulqarnain dan diri semua orang. Ia dipanggil PENGALAMAN.

Dear YayahDari Kepala Batas ke New HavenGerilaMemoir Seorang PerajuritTravelog DakwahKartini

Pengalaman adalah perkara yang paling dekat kita. Kita disaran menulis perkara yang paling dekat dengan kita iaitu diri kita. Kita boleh melihat daripada pelbagai perspektif. Perspektif kerjaya, perspektif hobi, perspektif kemahiran, perspektif peristiwa, perspektif kisah hidup dan sebagainya.

Pengarang-pengarang bestseller tidak pernah bercerita perkara yang jauh daripada pengalaman diri mereka. Pengalaman adalah amat dekat dengan keghairahan (passion) seseorang.

Perubatan Islam dan Bukti Sains ModenSayap AdinilaMotivasi Alihan PelajarTravelog HajiLaskar Pelangi

Apabila seseorang itu menulis dengan ghairah, ia akan bercerita dengan hati dan ikhlas. Bercerita dengan penuh prihatin dan melihat dengan fokus yang mendalam.

Kesannya, buku yang ditulis amat seronok dibaca. Ia penuh pengertian dan praktikal.

Sebaliknya apabila seseorang itu menulis perkara yang diluar dari pengalaman, ia menyebabkan buku tersebut ada seumpama lompong kosong yang tidak terisi. Apabila kita baca buku tersebut terasa bosan dan banyak berleter. Ini disebabkan oleh pengarang tersebut kurang fakta mengenai apa yang ditulis.

Memulakan Bisnes SendiriRahsia Buat Duit Dengan InternetCemerlang & Menang Cara Bola SepakGalaksi MuhsininDato’ Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian

Buat Duit dengan MenulisHamas Pejuang Kota Suci BaitulmuqaddisObamaKisah Saya Saudara BaruCerita Satu Impian

Cuba kita bayangkan seorang pemain bola sepak disuruh bermain hoki. Tentu menangis mereka (kecuali yang meminati dua bidang serentak). Apakah pengalaman menarik yang Anda ingin kongsikan dengan orang lain. Mari kita mula buka satu buku tulis kosong, tuliskan semua pengalaman hidup yang menarik. InsyaAllah ada antaranya mempunyai nilai komersil untuk dijadikan karya bestseller.

Kita jumpa lagi dalam artikel seterusnya. Terus layari www.janawangdenganmenulis.com untuk berita terbaru.

Is There a Book Inside You

Terima kasih.

 

 

FAUZUL NA’IM ISHAK
Pengasas / Mentor Utama
Akademi Penulis

May 15, 2009

Pengarang Perlu Merancang : Formula 1 Pengarang Bestseller

Posted in Uncategorized at 8:30 AM by haeqalzulqarnain

Tip Menjadi Penulis Bestseller

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Haeqal Zulqarnain,

Apa khabar? Selamat datang ke dunia Akademi Penulis. Tahniah! Haeqal Zulqarnain adalah manusia yang mampu bertindak, hanya mereka yang bertindak sahaja mampu melangkah ke hadapan dalam arus perdana.

Sepertimana yang saya janjikan sebelum ini. Kita akan kongsikan 5 formula penulis bestseller. Ia adalah berbentuk tip yang sering diamalkan oleh para pengarang bestseller. Formula ini adalah hasil kajian bertahun-tahun di dalam dunia penulisan. Pengalaman selama 8 tahun, memberikan impak cukup hebat dalam hidup saya.

Daripada sekadar seorang bekas mahasiswa kejuruteraan letrik, terjun ke dalam dunia penulisan dan penerbitan. Hingga sekarang Alhamdulillah boleh digolongkan antara mereka yang berjaya dalam industri ini. Formula ini digarap bagi memastikan lebih ramai pengarang baru keluar menjadi seorang penulis buku bestseller.

Baiklah!

Cukup dengan omelan saya. Kita pergi kepada formula yang pertama, iaitu PERANCANGAN. Seorang penulis bestseller perlu merancang karyanya sejak dari kosong. Ini dapat diperincikan di dengan membuat perancangan seperti berikut:

a) Tajuk dan konsep karya

Sesebuah karya harus dimulakan dengan konsep isinya agar ia berpijak pada bumi yang nyata bukan di awang-awangan. Kepada siapa karya itu ditujukan? Apakah matlamat karya tersebut? Apakah kesimpulan dan perlakuan yang dikehendaki apabila seseorang pembaca membaca karya itu? Kesemua ini harus jelas.

Apabila kesemuanya dibuat dengan baik, barulah sesebuah karya lebih terfokus. Tajuk juga boleh diletakkan apabila konsepnya jelas. Namun begitu harus diingatkan di sini tajuk akhir masih lagi hak penerbit.

b) Siapa Pembaca Karya Ini?

Para penulis seharusnya mengetahui sasaran pembaca buku yang ditulis. Siapa? Berapa umurnya? Apa jantinanya? Apa kerjayanya? Apabila kita mengetahui kesemua in, barulah kita dapat menentukan pakej persembahan yang ingin digunakan. Sebagai contoh remaja perempuan sukakan dirinya, remaja lelaki sukakan perkara yang visual, wanita dewasa suka kepada ketrampilan dan lelaki dewasa suka kepada pengembangan karier. Kesemua ini memudahkan kita menentukan kaedah penulisan yang perlu digunakan.

c) Berapa Halaman Buku ini?

Bilangan halaman ini selalunya ditekankan oleh pengarang yang cukup mendisiplinkan penulisannya. Dia akan menentukan bilangan halaman, bilangan hari penghasilan dan tarikh akhir  penghasilan karya tersebut. Sebagai contoh, apabila kita menentukan sebuah karya yang ingin dihasilkan mempunyai 100 halaman. Tempoh masa yang ditentukan bagi ia disiapkan adalah 3 bulan iaitu bersamaan dengan 90 hari ataupun 12 minggu.

Pengarang yang berdisiplin menentukan bilangan halaman yang perlu disiapkan dalam masa satu hari. Apabila kita mengambil kes di atas, si pengarang tentu meletakkan dia perlu menyiapkan 1.3 halaman satu hari. Apabila dia terlepas hari pertama dia akan membawa kerjanya ke hari kedua. Maka hari kedua dia akan menyediakan 1.3 halaman ditambah dengan 1.3 halaman yang dia tidak siapkan semalam.

Apabila dibuat begini seseorang pengarang itu boleh membuat perkiraan bilangan karya yang akan disiapkan setahun, dua tahun ataupun 10 tahun akan datang. Tak percaya? Sudah ada pengarang yang menggunakan kaedah ini dan Berjaya menghasilkan 15 buah buku dalam masa satu tahun.

d) Tarikh Akhir Karya Siap

Setiap pengarang bestseller perlu mempunyai tarikh akhirnya. Ini bagi mendisiplinkan diri. Di samping itu juga memudahkan semua pihak. Diri sendiri untuk menyiapkan, penerbit untuk rancangan promosi, pembaca untuk bahan baru dan sebagainya.

Baik. Saya rasa itu dahulu buat kali ini, kita bertemu lagi besok hari untuk formula kedua pula. Jangan lupa untuk sentiasa melawat laman web www.janawangdenganmenulis.com bagi mengetahui berita terkini.

Hingga bertemu lagi.

FAUZUL NA’IM ISHAK
Pengasas / Mentor Utama
Akademi Penulis

January 1, 2009

Iqra’

Posted in Uncategorized at 11:30 AM by haeqalzulqarnain

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Al-’Alaq (Segumpal Darah): Ayat 1 hingga 5

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.